Siasat cara senjata api dibawa masuk

Iklan
Pihak polis dapat mengesan individu yang memperdagangkan senjata api dan cara ia diperoleh. (Gambar kecil: Shahul Hamid) Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Pihak polis perlu melakukan siasatan terperinci bagaimana cara senjata api berjaya dibawa masuk ke dalam negara sehingga jatuh ke tangan penjenayah.

Pakar kriminologi bebas, Shahul Hamid Abd Rahim berkata, selepas berlaku kejadian tembak tempoh hari, kemungkinan ramai lagi individu memiliki senjata api.

Iklan
Iklan

Menurutnya, maklumat siasatan sangat berguna dalam usaha membanteras jenayah penyeludupan senjata api selain mengetatkan penguatkuasaan di pintu sempadan negara.

"Saya harap pihak polis dapat mengesan individu yang memperdagangkan senjata api dan cara ia diperoleh. Kita tahu di negara jiran seperti Thailand ada menjual senjata api secara terbuka.

Iklan

"Jadi kemungkinan juga ia (senjata api) datang dari sana. Kalau dadah boleh seludup tidak mustahil juga senjata api.

"Tidak dinafikan ada penguatkuasaan, namun perlu ditingkatkan kerana perkara ini boleh mengancam keselamatan negara,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Iklan

Sebelum ini, berlaku kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam menyebabkan seorang pekerja pembersihan cedera.

Kejadian sama turut dilaporkan berlaku membabitkan pasangan suami isteri di Simpang Renggam, Johor.

Menurut Shahul, pihaknya turut mencadangkan supaya polis dapat menambah anggota di lokasi terbuka berbanding pengawal keselamatan majoritinya warga asing.