Perbaiki CPI untuk tarik keyakinan pelabur - Pakar

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan Malaysia kekal tempat ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2024. Gambar kecil: Barjoyai

SHAH ALAM - Kedudukan Malaysia yang kekal di tangga ke-57 CPI 2024 perlu diperbaiki supaya dapat menarik lebih keyakinan pelabur luar ke negara ini.

Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, skor 50 mata yang kekal sejak 2023 itu juga menunjukkan tahap ketelusan masih rendah berbanding negara lain.

Iklan
Iklan

"Walaupun CPI ini bukan satu-satunya faktor pengukur untuk menarik pelabur ke Malaysia, namun keadaan ini turut memberi kesan, walaupun tidak terlalu ketara.

Barjoyai berkata, kerajaan juga harus meneliti semula sistem pasaran bebas yang menjadi amalan sejak sekian lama kerana ia boleh mendorong industri terlibat rasuah.

Iklan

Keadaan ini katanya, turut memberi kesan kepada CPI negara memandangkan peniaga dan industri mudah terlibat dalam penyalahgunaan kuasa melalui sistem berkenaan.

"Kerajaan mesti melihat situasi ini dengan lebih serius dan lihat bagaimana Hong Kong berjaya tangani rasuah dalam tempoh lima tahun dan jadikan negeri itu bersih daripada gejala tidak sihat tersebut,” katanya.

Iklan