Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain

Iklan
Seorang wanita maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh suaminya hanya kerana cemburu mendengar mangsa bercakap dengan lelaki lain menerusi panggilan telefon. Gambar hiasan

JAKARTA - Seorang wanita maut selepas ditikam bertubi-tubi oleh suaminya hanya kerana cemburu mendengar mangsa bercakap dengan lelaki lain menerusi panggilan telefon.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Desa Ayula, Kecamatan Randangan, Pohuwato pada Ahad lalu sekitar jam 4 petang waktu tempatan.

Iklan
Iklan

Ketua Seksyen Hubungan Masyarakat Ibu Pejabat Polis Pohuwato, AKP Hanny Dayoh berkata, mangsa dikenali sebagai CD, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Polis menyiasat di tempat kejadian. - Agensi

"Pelaku, Ulfan, 48, menikam mangsa berkali-kali (lapan kali) di bahagian dada, hingga menyebabkan berlaku pendarahan yang serius," katanya kepada wartawan pada Isnin lalu.

Iklan

Susulan kejadian itu, katanya beberapa penduduk membuat laporan polis di balai polis Pohuwato.

"Pihak polis kemudiannya langsung ke lokasi kejadian, tidak berapa lama kemudian pelaku datang sendiri ke balai untuk menyerah diri," katanya lagi.

Iklan

Pelaku kini sedang menjalani proses hukuman. - Agensi