PH-BN Kedah mempersiapkan diri sebagai 'kerajaan menanti'

Iklan
Saifuddin beramah mesra bersama prospek dan keluarga sempena Sambutan Thaipusam di Penjara Sungai Petani pada Selasa.

SUNGAI PETANI - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kedah sedang mempersiapkan diri sebagai ‘kerajaan menanti’ pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) akan datang.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kedua-duanya berusaha untuk meraih sokongan rakyat bagi memenangi PRN negeri tersebut.

Iklan
Iklan

"Pertemuan baru-baru ini, kami mengambil kesempatan untuk berbincang tentang bagaimana kami di Kedah boleh memposisikan diri kami sebagai pembangkang yang boleh dipercayai dan efektif...pada masa sama mempersiapkan diri untuk menjadi 'goverment in waiting',” katanya.

Saifuddin menyampaikan cenderahati kepada prospek sempena Sambutan Thaipusam di Penjara Sungai Petani pada Selasa

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri ditemui pemberita ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Prospek dan Keluarga Sempena Sambutan Hari Thaipusam di Penjara Sungai Petani pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, beliau mengesahkan dilantik ke jawatan Pengerusi PH Kedah bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar yang menggalas tanggungjawab itu sejak 2022.

"Secara konsensus, PH Kedah telah memilih Saifuddin Nasution sebagai Pengerusi PH yang baru menggantikan Datuk Mahfuz dalam mesyuarat diadakan pada 7 Februari lalu,” katanya.

Iklan

Apabila ditanya, adakah pelantikan beliau menguatkan desas-desus akan terus bertanding mana-mana kerusi di Kedah, Saifuddin berkata, perkara itu masih terlalu jauh dan memfokuskan kepada mengetuai parti terlebih dahulu.