‘Terima kasih abang bomba’ - Tengku Zafrul

Iklan
Tengku Zafrul (tengah) mengucapkan terima kasih kepada pasukan bomba kerana berjaya membuang sarang lebah yang dijumpai berhampiran rumahnya. Foto Facebook Tengku Zafrul

SHAH ALAM - Sarang lebah dijumpai di kawasan berhampiran rumah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berjaya dibuang pasukan bomba.

Tengku Zafrul dalam satu hantaran di Facebook mengucapkan terima kasih kepada pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul yang telah bertindak cepat membuang sarang tersebut.

Iklan
Iklan
Anggota bomba berjaya membuang sarang lebah.

"Kita ada anak-anak kecil, risau juga takut kena sengat. Apa lagi kita panggil pakarlah untuk uruskan.

"Terima kasih abang-abang bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul yang bantu buangkan sarang ini. Anda semua memang terbaik!” katanya pada Selasa.

Iklan

Tambah Tengku Zafrul, pasukan bomba berkenaan tidak memusnahkan sarang tersebut sebaliknya mereka telah melepaskannya di tempat yang selamat memandangkan tebuan dan lebah penting untuk keseimbangan alam.

Anggota bomba dalam proses membuang sarang lebah.

Iklan