SINGAPURA - Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
Dalam satu kenyataan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Isnin, Nick Lee Xing Qiu dipercayai berhasrat menyerang orang Islam di salah satu masjid di sini, dengan menggunakan senjata api buatan sendiri, dan ingin menyiarkan serangan itu secara dalam talian.