Remaja ditemukan lemas di Taman Rekreasi Sungai Kedondong

Iklan
Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira tiga meter dari lokasi terakhirnya pada 12.44 tengah hari Selasa. Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Taman Rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Selangor, tengah hari Selasa.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa Adam Ashraf Mohd Amir, 19, lemas ketika melakukan aktiviti di sungai tersebut dan ditemukan kira-kira tiga meter dari lokasi terakhirnya pada 12.44 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurut JBPM, panggilan kecemasan diterima daripada rakan mangsa pada 11.43 pagi sebelum enam anggota dengan sebuah jentera dari dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, Komander Operasi menjalankan pencarian permukaan (‘surface searching’) di kawasan sekitar sebelum mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama