Mangsa gangguan seksual di IPD, 5 individu dirakam keterangan

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD. Gambar kecil: Mohamad Lazim

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang wanita menjadi mangsa gangguan seksual anggota polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya juga merakam percakapan peguam kepada pengadu.

Iklan
Iklan

"Setakat ini lima rakaman percakapan telah diambil termasuk peguam pengadu," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada Sabtu, media melaporkan seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika memberi keterangan kepada polis berkaitan satu perhimpunan yang dijalankan di ibu kota, 19 Disember lalu.

Iklan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, pihaknya telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.

Siasatan lanjut berkaitan laporan yang dibuat sedang dijalankan oleh pihak polis.

Iklan

Semakan mendapati, pengadu sebelum ini hadir di sebuah ibu pejabat polis daerah bagi siasatan kes berkaitan perhimpunan berlangsung pada 19 Disember lalu yang disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Selain daripada pengadu terdapat lapan individu lain yang diambil keterangan berkaitan perhimpunan itu pada hari sama.