Psikologi bukan hanya tentang penyakit mental
Iklan
Tanpa psikologi asas di peringkat sarjana muda, seseorang tidak layak bergelar pakar psikologi. Foto hiasan
APABILA seseorang memperkenalkan diri sebagai pakar psikologi, biasanya mereka akan menerima salah satu daripada reaksi berikut 'Oh, bidang kaunseling atau psikiatri ya?', 'Eh, saya kena berhati-hati apabila bercakap ni', 'Boleh tolong psycho sikit anak saya nanti boleh tak?' Sebenarnya, semua persepsi di atas terhadap psikologi adalah tidak benar.
Psikologi adalah satu ilmu bersifat saintifik yang mengkaji tingkah laku, fikiran dan emosi. Tidak disebut perkataan penyakit mental dalam definisi ini sebab itu hanya salah satu aspek psikologi.