Kegagalan doktrin, strategi perang
Iklan
Pembelian dan perolehan aset ketenteraan moden berteknologi tinggi dilihat sebagai kemestian dalam usaha membangunkan keupayaan ketenteraan bagi melindungi kedaulatan negara. Foto hiasan
HARI ini pembelian dan perolehan aset ketenteraan moden berteknologi tinggi dilihat sebagai kemestian dalam usaha membangunkan keupayaan ketenteraan bagi melindungi kedaulatan negara. Ia turut dilaksanakan oleh ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sejak Perang Dunia Kedua, peningkatan dalam teknologi berkaitan kelengkapan dan peralatan yang mempunyai kemampuan memusnahkan musuh telah meningkat berpuluh kali ganda.