MOSCOW - Sebanyak 53 peratus rakyat Amerika percaya Presiden AS Donald Trump melakukan tugasnya dengan baik sejak memegang jawatan itu pada 20 Januari, lapor Sputnik/RIA Novosti, berdasarkan tinjauan CBS News dan YouGov pada Isnin.
Pada masa sama, 47 peratus responden tidak bersetuju dengan prestasi Trump di Rumah Putih. Hampir 70 peratus rakyat Amerika menggambarkan Trump sebagai"tegas" dan 63 peratus menganggapnya"bertenaga."