TOKYO - Sekurang-kurangnya empat orang maut di Jepun akibat salji lebat dalam tempoh tiga hari lepas, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Salji lebat melanda bahagian utara, timur laut dan barat laut Jepun sejak awal minggu lepas. Ketika ini, keadaan dilaporkan semakin reda, namun timbunan salji masih menimbulkan ancaman, menurut laporan media tempatan pada Isnin.