Tiada lagi kelibat buaya di Pantai Cermin

Iklan
Laporan Sinar Harian berkenaan buaya sesat di Pantai Cermin.

PORT DICKSON - Seekor buaya yang disyaki sesat di Pantai Cermin di sini sejak awal tahun ini masih belum berjaya ditangkap.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, berdasarkan laporan daripada pegawai yang bertugas di lokasi, reptilia terbabit juga tidak lagi kelihatan di situ.

Iklan
Iklan

"Merujuk laporan pegawai yang bertugas di lokasi dari Sabtu lalu sehingga semalam, buaya berkenaan tidak lagi kelihatan di situ.

"Tapi, perangkap masih dipasang di lokasi dan pemantauan akan tetap dilakukan dari semasa ke semasa," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, Perhilitan menerima aduan awam berkenaan seekor buaya yang kelihatan di kawasan Monkey Bay, Pantai Cermin jam 4.30 petang pada 1 Februari lalu.

Beberapa petugas jabatan telah ke lokasi dan siasatan awal mendapati, terdapat seekor buaya terapung di laut dengan panjang anggaran dua meter.

Iklan

Buaya itu juga bergerak sejauh 50 meter dan sentiasa ulang-alik di kawasan tersebut dan jika air surut ia akan nampak lebih jelas.

Faizal Izham dilaporkan berkata, buaya tersebut dipercayai sesat dari Sungai Linggi dan kemungkinan sakit menyebabkan tidak dapat pulang ke habitatnya semula.

Sehubungan itu katanya, pihaknya telah memasang perangkap di lokasi terbabit dengan diletakkan umpan seekor ayam.