PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan

Iklan

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah memaklumkan pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin yang dilantik sebagai Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Komisioner (CP).

Iklan
Iklan

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ibrahim Darus pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, dengan memangku pangkat CP.

"Turut bertukar Ketua Lesen Pasukan Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Lesen Senjata Api) Pejabat KPN Bukit Aman, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, yang dilantik sebagai Ketua Polis Melaka dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Iklan

"Selain itu Ketua Cawangan Khas Pahang, Datuk Mohammad Shaharul Md Osman dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kamaruzaman berkata, Penolong Pengarah E3A Cawangan Khas Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azhar Sepawi pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman, manakala Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan, akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Selangor dengan kedua-dua mereka memangku pangkat DCP.

Iklan

Selain itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri akan dilantik sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab PDRM Kuala Lumpur, sementara Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Sarawak, Asisten Komisioner Yuszida Basria akan menjawat jawatan Pengarah Bahagian Risikan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.

"Kedua-dua mereka memangku pangkat SAC,” katanya.

Kamaruzaman berkata, pertukaran lain melibatkan Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi, Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Asisten Komisioner Muhamad Riduan Manap akan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D9) Siasatan Khas/Jenayah Terancang JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Pertukaran lain melibatkan Ketua Polis Daerah Tapah Perak, Superintenden Mohd Naim Asnawi yang dilantik sebagai Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/Gangsterism JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.