MR D.I.Y tawar diskaun 30 peratus keperluan sekolah

Iklan
Barangan keperluan ‘Kembali ke Sekolah’ MR D.I.Y yang boleh didapati di setiap cawangan seluruh negara dengan harga berpatutan.

SHAH ALAM - Peruncit barangan kelengkapan rumah kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y menawarkan potongan harga sebanyak 30 peratus untuk pelbagai barangan keperluan sekolah menerusi inisiatif ‘Kembali ke Sekolah’ MR D.I.Y.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan itu, Alex Goh berkata, inisiatif itu bertujuan bagi membantu ibu bapa melengkapkan peralatan pembelajaran anak-anak mereka tanpa membebankan kewangan keluarga.

Iklan
Iklan

Antara barangan ditawarkan ialah beg sekolah, beg galas, botol air, set peralatan makan, alat tulis seperti pensil warna, set pensil, pen, kotak pensil, gam dan buku nota.

"Kami menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus untuk pelbagai barangan keperluan sekolah bermula 20 Januari hingga 28 Februari ini.

Iklan

"Matlamat kami membantu setiap keluarga mendapatkan barangan keperluan sekolah.

"Berbelanjalah dengan bijak, jimat lebih banyak dan jadikan tahun persekolahan ini yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Alex, mereka turut menawarkan kasut sekolah berwarna hitam dengan RM19.50 sepasang berbanding harga asal iaitu RM27.90.

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan tiga pasang stoking hitam pada harga antara RM5.30 hingga RM8.90 setiap satu set berbanding harga asal ialah RM7.70 hingga RM12.90.

Dalam pada itu, terdapat juga barangan buku nota, beg makan tengah hari dan alat tulis dengan tema watak Disney, Candy serta Monster bermula daripada harga RM3.90.

"Barangan ‘Kembali ke Sekolah’ MR D.I.Y boleh didapati di semua cawangan di seluruh negara.

"Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari mrdiy.com, platform e-dagang mrdiy.com.my, dan laman sosial Facebook, Instagram serta TikTok,” ujarnya.