Peperiksaan pasca UPSR
Iklan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah dimansuhkan sepenuhnya.
SEJAK tiga minggu lalu, media sosial dipenuhi berita kejayaan anak-anak mendapat tempat di sekolah berprestasi tinggi. Ibu bapa mana yang tidak bangga apabila anak diterima masuk ke sekolah menengah terpilih di Malaysia, apatah lagi anak telah bertungkus lumus sejak bertahun dahulu.
Yang mengagumkan, usaha anak itu bukan setakat ikuti kelas tambahan demi cemerlang dalam akademik. Ramai antara mereka turut aktif dan cemerlang dalam pelbagai aktiviti kokurikulum.