'UMNO Sabah memang tolak'
Iklan
Bung Moktar
KOTA KINABALU - Dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan UMNO Sabah bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) tetapi ditolak oleh majoriti Ketua UMNO Bahagian di negeri itu, hanyalah satu spekulasi.
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan ada menerima saranan tersebut.