CCTV pantau ibu bapa di kampung
Iklan
Laporan Sinar Ahad mengenai fenomena hidup, mati sendirian. Gambar kecil dari kiri: Muhamad Ikhmal, Khairil Fithry, Norzita, Muhammad Syahdad
SHAH ALAM - Kisah ibu bapa atau warga emas yang tinggal tanpa pengawasan sehingga ada yang meninggal dunia tanpa disedari mengundang kebimbangan anak-anak terutama mereka yang bekerja di bandar.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, kerisauan itu mendorong anak-anak mencari alternatif dengan membelanjakan wang bagi membeli peralatan yang dapat membantu memudahkan pemantauan keadaan ibu bapa di rumah dari jauh.