BEIRUT - Presiden Lubnan, Joseph Aoun mengumumkan penubuhan kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Nawaf Salam, selepas lebih dua tahun negara itu ditadbir Kabinet interim di tengah-tengah krisis kewangan yang berterusan.
Pejabat Presiden pada Sabtu mengesahkan ia telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri sementara, Najib Mikati dan menandatangani dekri tentang pembentukan Kabinet baharu dibarisi 24 menteri.