'Ayah ditemui selamat dekat lampu isyarat' - Anak

Iklan
Miskun (kiri) sebelum ini dilaporkan hilang pada Sabtu.

SABAK BERNAM - Seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas menghadiri majlis kenduri anak jirannya pada Sabtu, ditemui berhampiran lampu isyarat Hospital Tanjong Karang pada awal pagi Ahad.

Anaknya, Izzuan Miskun, 32, berkata bapanya, Miskun Sarikin, 68, ditemui dalam keadaan selamat ketika menunggang motosikalnya kira-kira jam 1.15 pagi.

Iklan
Iklan

Menurut Izzuan, seorang individu telah menghubunginya untuk memaklumkan bahawa bapanya berada di sebuah stesen minyak di Tanjong Karang.

"Lelaki itu memberitahu ayah dalam perjalanan menuju ke Kuala Selangor, jadi saya segera ke sana untuk mencarinya.

Iklan

Anak bongsu daripada dua beradik itu memberitahu, bapanya mula dikesan hilang selepas menghadiri majlis kenduri kahwin anak jiran.

Izzuan yang menetap di Subang Jaya memberitahu, bapanya tinggal berdua dengan ibunya di Jalan Setia Jaya, Sungai Besar.

Iklan

"Berkemungkinan atas faktor usia, abah lupa pulang ke rumah selepas keluar menunggang motosikal.

"Apa pun saya bersyukur kerana ayah telah dijumpai semula dan saya berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin menyalurkan maklumat," katanya.

Terdahulu, kehilangan Miskun tular di media sosial selepas tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri berkenaan.

Kali terakhir Miskun dilihat memakai baju batik biru dipercayai menunggang motosikal Honda EX5 berwarna merah dengan nombor pendaftaran BKG 750.