Video yang menghantui Natrah
Iklan
Wajah muram Natrah ketika mendengar ucapan Mansor. (Kanan) Natrah selepas selesai melihat rakaman video Mansor. (Kiri) Wajah muram Natrah ketika mendengar ucapan Mansor.
AKHIR November 1988. Saya masih di Den Haag, menguruskan satu bahan yang agak asing. Bahan ini dalam bentuk video. Ia penting untuk menjejak perjalanan kehidupan Natrah selepas dibawa balik ke Belanda.
Saya mengesan keperluan untuk melihat video ini apabila Alex Brotherton, penterjemah akhbar Belanda itu memberitahu saya melalui akhbar yang dibacanya Natrah telah berubah sejak melihat rakaman video Mansor bercakap secara langsung dalam rancangan TV bertajuk The Time Just Stood Still.