Gol Ali, Fernandez bantu Selangor benam Sri Pahang
Iklan
Pemain Selangor FC Ronnie Allan Fernandez Saez meraikan jaringan gol kedua ketika menentang pasukan Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini. Foto Bernama
DUA gol di separuh masa pertama sudah memadai untuk Selangor mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-0 pada aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam ini.
Penyerang import dari Jordan, Ali Olwan meletakkan pasukan di depan menerusi gerakan solo melepasi empat pemain lawan di sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan leret ke kanan pintu gol, menewaskan penjaga gol Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin pada minit ke-14.
Iklan
Iklan
Skuad Gergasi Merah menambah jaringan kedua selepas penyerang import dari Chile, Ronnie Fernandez dengan tenang melepaskan rembatan dari jarak dekat pada minit ke-39.
Sebagai rekod, Ahad lepas Sri Pahang mara ke pentas final Piala Malaysia selepas menyingkirkan Sabah FC di separuh akhir sekali gus menempah pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), hujung April depan.
Iklan
Kemenangan dicatat Selangor menyaksikan JDT selaku juara bertahan terpaksa menunggu lebih lama untuk mengesahkan kejuaraan kali ke-11 berturut-turut musim ini.
Berbaki lima perlawanan, Selangor kini di tangga kedua dengan mengumpul 42 mata manakala JDT dengan 55 mata di persada liga.
Iklan
Tempat ketiga diisi Sabah yang mengumpul 32 mata selepas 17 perlawanan sementara Terengganu FC dengan 24 mata setelah 16 perlawanan.
Sri Pahang di tangga ke-11 dengan mengumpul 16 mata selepas 17 perlawanan.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>