Israel bebaskan lagi tahanan Palestin bawah perjanjian gencatan senjata Gaza

Iklan
Seorang bekas tahanan Palestin dipeluk oleh seorang lelaki ketika dia bersiap untuk keluar dari bas di bandar Ramallah, Tebing Barat yang diduduki pada 8 Februari 2025, sebagai sebahagian daripada pertukaran tebusan-tahanan yang kelima di bawah gencatan senjata rapuh Gaza. Foto AFP

ANKARA - Sebuah bas yang membawa sekumpulan tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel tiba di Bandar Ramallah, Tebing Barat, pada Sabtu di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Menurut wartawan Anadolu, seramai 42 tahanan menaiki bas Palang Merah dan disambut dengan sorakan oleh orang ramai yang berkumpul sejak awal pagi bagi menyambut kepulangan mereka.

Iklan
Iklan

Tahanan dibebaskan daripada Penjara Tentera Ofer dekat Ramallah di bawah fasa pertama perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan Gaza yang berkuat kuasa pada 19 Jan.

Israel dijangka membebaskan 183 tahanan pada Sabtu sebagai pertukaran bagi tiga tahanan Israel yang dibebaskan oleh Hamas sebelum itu.

Iklan

Sejak gencatan senjata Gaza bermula, seramai 16 tahanan Israel dan lima pekerja Thailand telah dibebaskan sebagai pertukaran dengan ratusan tahanan Palestin. - Bernama

Iklan