2,076 individu terkait GISBH setuju sertai program pemulihan MAIS
Iklan
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
SHAH ALAM - Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bermula 15 Februari ini.
Iklan
Iklan
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata inisiatif dikenali Program Insan Rabbani yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu akan dilaksanakan dalam empat fasa selama dua tahun.
Beliau berkata, program itu meliputi fasa pemulihan serta pengukuhan masing-masing berjalan selama enam bulan, diikuti pemantauan menerusi fasa pascapemulihan, pemantauan dan khidmat sokongan.
Iklan
"Proses pemulihan akan menggunakan Modul Istitabah untuk peringkat umur dewasa dan Modul Pendidikan Islam Insani kepada kanak-kanak dengan pendaftaran boleh dibuat di Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS. Ia akan dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar pusat pemulihan berkenaan.
"Proses pemulihan di dalam pusat dilaksanakan di Pusat Perlindungan Terpilih manakala di luar akan dilaksanakan di masjid atau sekolah atau mana-mana lokasi yang sesuai,” katanya di sini hari ini.
Iklan
Abdul Aziz berkata, setakat ini bilangan yang berdaftar dengan Bahagian Ar Riqab MAIS membabitkan lebih 1,300 kanak-kanak bawah 17 tahun selain lebih 700 individu dewasa. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>