Garis panduan: Persepsi dan realiti
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai Jakim muktamad garis panduan penglibatan orang Islam dalam perayaan lain.
BARU-BARU ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengumumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memperkenalkan panduan baharu bagi mengatur penyertaan umat Islam dalam perayaan agama bukan Islam.
Menurut laporan media, panduan tersebut termasuk larangan terhadap ucapan atau nyanyian berunsur propaganda, pengedaran risalah agama dan persembahan yang boleh dianggap menghina Islam.