Mark Ruffalo bidas Donald Trump

Iklan
Mark Ruffalo membidas rancangan Trump untuk mengambil alih Gaza dan memindahkan rakyat Palestin. Gambar kecil: Hantaran Mark Ruffalo di akaun X.

KENYATAAN Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan memindahkan rakyat Palestin secara kekal dari wilayah yang dilanda perang itu ke negara Asia Barat lain telah mencetuskan kemarahan ramai.

Ramai yang membantah idea gila itu termasuklah selebriti terkenal seperti bintang Hulk, Mark Ruffalo.

Iklan
Iklan

Ruffalo, 57, menerusi hantaran di akaun X menyifatkan cadangan itu sebagai usaha Trump untuk melakukan pembersihan etnik.

Hantaran Mark Ruffalo di akaun X.

"Kita perlu terus terang tentang rancangan Trump di Gaza. Dia menyeru pembersihan etnik," tulisnya.

Iklan

Ruffalo juga menyeru Kongres AS untuk bertindak tegas terhadap kenyataan tersebut.

"Kongres mesti tegas terhadap tuntutannya untuk jenayah perang.

Iklan

"Rakyat Palestin mempunyai hak untuk hidup dengan hak dan kebebasan yang sama di tanah mereka," tegasnya lagi.

Bukan itu sahaja, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu turut menyatakan pandangan terhadap temu bual bersama Utusan Khas Timur Tengah, Steven Witkoff yang berpandangan rakyat Palestin boleh hidup dalam keamanan, walaupun tidak di tanah mereka berbanding hidup di dalam khemah di Gaza.

"Kamu tidak berperasaan. Mengapa anda tidak bertanya kepada rakyat Palestin apa yang mereka mahu lakukan dan di mana mereka mahu tinggal. Mereka bukan lembu yang anda pindahkan ke sana sini," bidasnya.

Sejak awal konflik melibatkan Palestin dan Zionis itu, Ruffalo antara selebriti Hollywood yang lantang bersuara dan menyatakan sokongan penuh terhadap penduduk di Gaza.