Program OSH-MADANI sedia latihan percuma untuk 10,000 koordinator OSH-C

Iklan
NIOSH sedia kerjasama dengan MoT wujudkan modul latihan. Foto hiasan

SHAH ALAM - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) melancarkan program OSH-MADANI yang menawarkan latihan percuma kepada 10,000 peserta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

NIOSH dalam satu kenyataan berkata, inisiatif di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan demi memastikan setiap pekerja termasuk mereka di dalam sektor mikro dan kecil mempunyai akses kepada latihan keselamatan berkualiti.

Iklan
Iklan

"Program ini bertujuan melahirkan penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH-C) yang kompeten untuk memperkukuh pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta memastikan kesejahteraan pekerja terus terjamin.

"Inisiatif tersebut telah disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong ketika merasmikan program pra pelancaran ‘ASEAN Safe and Healthy Workers Summit 2025’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 21 Januari lalu,” katanya pada Jumaat.

Iklan

"Ia bertujuan untuk menasihati majikan dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Program OSH-C terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 25 hingga 50 tahun serta mempunyai sekurang-kurangnya setahun pengalaman bekerja.

"Program percuma ini juga menyasarkan individu tidak bekerja, bekerja sendiri atau di syarikat yang tidak mencarum kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp),” jelas beliau.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, program berkenaan hanya dibuka kepada pekerja dalam syarikat kategori mikro dengan pendapatan tahunan di bawah RM300,000 dan bilangan pekerja kurang daripada lima orang.

"Syarikat kecil yang mencatat pendapatan tahunan di bawah RM15 juta dan bilangan pekerja kurang daripada 75 orang juga layak menyertai program ini.

"Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui borang yang disediakan di laman sesawang NIOSH iaitu www.niosh.com.my.

"Semua permohonan akan disemak dalam tempoh tujuh hari bekerja serta peserta yang layak akan dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), aplikasi WhatsApp atau panggilan telefon untuk pemilihan lokasi dan tarikh kursus,” katanya