Pengusaha makanan di tapak ekspo wajib hadiri latihan, divaksin anti tifoid

Iklan
Semua pengendali makanan termasuk di tapak ekspo wajib menghadiri latihan pengendali makanan dan menerima suntikan anti tifoid. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Semua pengendali makanan termasuk di tapak ekspo makanan wajib menghadiri latihan pengendali makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Tegas kementerian itu, pengusaha makanan tanpa mengira warga negara juga perlu mendapatkan vaksinasi anti tifoid selain wajib mematuhi peruntukan mengenai kebersihan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009.

Iklan
Iklan

Ujar KKM, penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak ekspo makanan turut bertanggungjawab untuk memastikan setiap pengendali makanan telah mematuhi keperluan perundangan ini.

"Kementerian ini memandang serius isu keselamatan dan kebersihan di semua premis makanan termasuk yang beroperasi di tapak pesta serta ekspo makanan walaupun ia bersifat sementara," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan boleh diambil kepada pemilik premis makanan yang gagal mematuhi keperluan perundangan sedia ada.

"Premis akan ditutup sehingga 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan notis kompaun akan dikeluarkan

Iklan

"KKM dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan terus menjalankan pemantauan di tapak-tapak ekspo makanan seluruh negara bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan ini dan keselamatan makanan sentiasa terjamin," jelas kementerian berkenaan.