Terowong lombong sungai lembing

Iklan
Beberapa pengunjung dibawa menaiki lokomotif yang membawa pekerja lombong untuk masuk ke terowong lombong bijih timah Sungai Lembing sepanjang 600 meter, hari ini.

Terowong itu merupakan salah satu yang digunakan suatu ketika dahulu untuk kegiatan melombong.

Setelah dibaikpulih dan diubah suai oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) ia memberi pengalaman kepada pengunjung merasai sendiri suasana sebenar dan mengetahui bagaimana operasi untuk mengeluarkan bijih timah dijalankan. Selain itu ia merupakan lokasi yang boleh dilawati sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. - Foto Bernama