Dua pekerja melecur kilang terbakar

Iklan
Dua pekerja lelaki masing-masing warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran sebuah kilang di Taman Nilai pada Jumaat. Foto Bomba NS

NILAI - Dua pekerja lelaki masing-masing warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran sebuah kilang di Taman Nilai di sini pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.09 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan sebahagian daripada struktur kilang yang berukuran 699.9 meter persegi berlaku di bahagian gudang memproses minyak mentah sawit, sebuah skylift dan sebuah jengkaut.

Kebakaran melibatkan sebahagian daripada struktur kilang di bahagian gudang memproses minyak mentah sawit. Foto Bomba NS

"Pasukan bomba membuat kerja-kerja 'overhaul' pada jam 1.50 tengah hari menggunakan salur bantu mula premis dan dua pancutan satu aliran 300’ pam jentera," katanya.

Iklan

Ujar kenyataan itu, terdapat dua mangsa berusia 43 dan 36 tahun dilaporkan cedera di tempat kejadian dan telah menerima rawatan awal daripada pihak Ambulans St John sebelum dihantar Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

"Peratus kebakaran dianggarkan 20 peratus dan api berjaya dipadamkan pada jam 1.55 petang," katanya.

Iklan