Keadaan di pekarangan Pasar Siti Fatimah

Iklan
Keadaan di pekarangan Pasar Siti Fatimah, Rantau Panjang yang lengang ketika tinjauan di sini baru-baru ini.

Rantau Panjang, yang terkenal sebagai zon bebas cukai dan destinasi membeli-belah di Kelantan, memerlukan lebih banyak tarikan pelancongan bagi merancakkan kembali ekonomi tempatan serta menarik lebih ramai pengunjung, khususnya dari dalam dan luar negara.

Peniaga dan penduduk setempat berpendapat bahawa tanpa daya tarikan baharu, Rantau Panjang akan terus bergantung kepada aktiviti jual beli semata-mata, sedangkan kawasan ini berpotensi untuk berkembang menjadi pusat pelancongan yang lebih menarik.