Serah Parlimen tentukan majoriti: Aziz Bari

Iklan
Abdul Aziz

IPOH - Isu peralihan kuasa harus dipulangkan kepada Parlimen bagi menentukan siapa yang memperoleh majoriti Dewan Rakyat untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, sudah tiba masanya ahli-ahli Parlimen menggunakan kuasa mereka mengundi sama ada mahu mengekalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri atau memberikannya jawatan itu kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengenai peralihan kuasa itu sesuatu yang mengejutkan dan bukan sesuatu diinginkan oleh ahli-ahli dan penyokong akar umbi.

"Sudah tiba masanya mereka (ahli Parlimen) membuktikan bahawa Parlimen yang mengawal dan membentuk kerajaan. Sekarang terpulang kepada Ahli-ahli Parlimen untuk menyatakan sikap dan pilihan mereka.

Iklan

"Secara mudahnya jika sekurang-kurangnya 112 membuat pendirian tegas maka orang itu mesti dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri dan Dewan Rakyat tidak boleh dibubarkan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menegaskan peralihan kuasa perdana menteri akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasific (APEC) hujung tahun ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Peralihan kuasa terpulang kepada saya, kata Tun M

Abdul Aziz berkata, ketetapan dan janji politik tidak boleh mengatasi peruntukan dan semangat Perlembagaan selaras dengan prinsip PH yang komited terhadap keluhuran undang-undang.

Menurutnya, keputusan Majlis Presiden PH itu menunjukkan berlakunya oligarki dan bukan demokrasi apabila kumpulan minoriti seolah-olah menentukan segalanya.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Perak berkata, rakyat sebenarnya sudah letih dan muak dengan permainan politik yang berlaku di dalam PH.

Katanya, semua pimpinan PH perlu akur dengan kenyataan itu apatah lagi keresahan itu selaras dengan kehendak Perlembagaan.