Elak jadi pekerja melukut
Iklan
Kewujudan pekerja melukut dalam organisasi tidak mengubah atau menambah baik produktiviti kerja. Gambar hiasan
IBARAT ‘melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi’ merupakan peribahasa yang terkandung ibrah mendalam untuk dihayati.
Kebijaksanaan dan ketajaman pemikiran orang tua-tua dahulu amat tepat dalam mengkiaskan melukut sebagai seseorang yang tidak penting dalam kehidupan. Keberadaannya tidak memberi sebarang kekuatan dan kelebihan.