BEKAS bintang Real Madrid, Marcelo, pada Khamis mengumumkan persaraannya daripada bola sepak, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Perjalanan saya sebagai pemain berakhir di sini, tetapi saya masih mempunyai banyak perkara untuk disumbangkan kepada bola sepak. Terima kasih atas segalanya," kata pemain berusia 36 tahun itu menerusi akaun media sosialnya.