Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Iklan
Martinez mengalami kecederaan ketika United melayan kunjungan Palace dalam aksi liga di Old Trafford. Foto Agensi
PERTAHANAN Manchester United, Lisandro Martinez, berdepan kemungkinan untuk diketepikan daripada baki saingan musim ini selepas mengalami kecederaan ligamen lutut anterior cruciate.
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan tersebut ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu, yang menyaksikan United tewas 0-2.
Iklan
Iklan
Martinez terpaksa diusung keluar padang pada separuh masa kedua akibat kecederaan lutut yang serius selepas bertembung dengan penyerang Palace, Ismaila Sarr.
"Penilaian kecederaan sedang dijalankan untuk menentukan rawatan yang sesuai dan tempoh pemulihan," kata kenyataan rasmi kelab pada Khamis.
Iklan
Masalah kecederaan itu bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada United, malah Argentina juga terpaksa melupakan khidmat Martinez dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay dan Brazil bulan depan.
Martinez menyertai senarai panjang pemain United yang cedera, termasuk Mason Mount, Luke Shaw dan Jonny Evans.
Iklan
Situasi ini pastinya menyukarkan lagi tugas pengendali Ruben Amorim mengatur strategi dalam memperbaiki kedudukan pasukan.
Sebagai rekod, Martinez merupakan tonggak penting di barisan pertahanan United, sama ada sebagai bek tengah kiri dalam formasi tiga bek atau empat bek.
Pemain berusia 27 tahun itu membuat 24 penampilan dalam semua pertandingan musim ini menjaringkan dua gol - gol pembukaan ketika seri 2-2 menentang Liverpool dan gol kemenangan 1-0 ke atas Fulham.
Ini bukanlah kali pertama Martinez mengalami kecederaan ligamen apabila tahun lalu dia juga mengalami kecederaan sama dan terpaksa berehat selama dua bulan.
United, yang kini berada di tangga ke-13 liga, akan menerima kunjungan Leicester City dalam pusingan keempat Piala FA pada Sabtu ini.
PIALA FA
Pusingan Keempat
SABTU (8 FEBRUARI)
Manchester United lwn Leicester City, 4 pagi
Leyton Orient lwn Manchester City, 8.15 malam
Leeds United lwn Millwall, 8.15 malam
Coventry City lwn Ipswich Town, 11 malam
Preston North End lwn Wycombe, 11 malam
Stoke City lwn Cardiff City, 11 malam
Southampton lwn Burnley, 11 malam
Everton lwn Bournemouth, 11 malam
Wigan Athletic lwn Fulham, 11 malam
AHAD (9 FEBRUARI)
Birmingham City lwn Newcastle United, 1.45 pagi
Brighton & Hove Albion lwn Chelsea, 4 pagi
Blackburn Rovers lwn Wolverhampton, 8.30 malam
Plymouth Argyle lwn Liverpool, 11 malam
ISNIN (10 FEBRUARI)
Aston Villa lwn Tottenham Hotspur, 1.35 pagi
SELASA (11 Februari)
Doncaster Rovers lwn Crystal Palace, 3.45 pagi
RABU (12 FEBRUARI)
Exeter City lwn Nottingham Forest, 4 pagi
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>