ARSENAL mati akal ketika turun menentang Newcastle United dalam aksi separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di St James' Park pada Khamis.
Jentera serangan The Gunners kelihatan tumpul, manakala corak bertahan kelab kendalian Mikel Arteta itu pula boleh dipertikaikan apabila melepaskan dua gol dalam perlawanan tersebut.