Perlu yakin kita bernilai
Iklan
Individu yang berusaha dengan gigih dan konsisten menerapkan elemen ‘Grit’ dalam diri, dapat membantu mereka lebih fokus, tenang serta berkeyakinan tinggi dalam mendepani pelbagai cabaran hidup. Foto hiasan 123RF
TERSENYUM lebar saya mendengar teka-teki menerusi media sosial iaitu, apabila kita lempar duit di atas jalan, ia jadi apa? Jenuh juga memikirkannya.
Jawapannya cukup spontan iaitu, ‘jadi rebutan’. Pendek kata, kawan-kawan beliau yang mendengar jawapan tersebut terbahak-bahak ketawa kerana tidak menyangka jawapannya begitu ‘sempoi’ sekali.