JAKARTA - Seorang pemilik restoran berusia 62 tahun meninggal dunia kerana dipercayai keletihan selepas beratur panjang untuk membeli balang gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di Pamulang Barat.
Ketua Kampung Pamulang Barat, Tangerang Selatan, Saiful berkata, wanita yang dikenali sebagai Yonih itu pengsan dan tidak sedarkan diri selepas membawa balang gas LPG itu menggunakan tangan selepas berhasil melakukan pembelian.