10 maut dalam insiden tembakan di sekolah

Iklan
Insiden berlaku sekitar tengah hari di sebuah pusat pendidikan dewasa di Örebro, kira-kira 160 kilometer di barat Stockholm. Foto Reuters

COPENHAGEN - Kira-kira 10 orang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Örebro, Sweden pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman dpa yang memetik kenyataan pihak polis.

Jurucakap polis memaklumkan bahawa suspek dipercayai turut berada dalam kalangan mereka yang maut.

Iklan
Iklan

Insiden berlaku sekitar tengah hari di sebuah pusat pendidikan dewasa di Örebro, kira-kira 160 kilometer di barat Stockholm.

Ketua Polis Örebro, Roberto Eid Forest dalam sidang media sebelum ini mengesahkan bahawa suspek adalah seorang lelaki.

Iklan

Bagaimanapun, polis belum mendedahkan sebarang kemungkinan motif serangan.

Dalam temu bual bersama penyiar radio SVT, pengetua sekolah Ingela Back Gustafsson berkata sekumpulan pelajar berlari melintasinya sambil menjerit agar semua orang meninggalkan kawasan sekolah.

Iklan

"Sebaik tiba di taman permainan, saya terdengar bunyi tembakan, sangat dekat. Kami lari menyelamatkan diri,” katanya. - Bernama