KOTA BHARU - Polis Kelantan menasihatkan orang ramai yang berkunjung ke Selatan Thailand agar lebih berhati-hati terutama melibatkan undang-undang jalan raya serta kejadian letupan bom di negara berkenaan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, orang ramai yang berkunjung ke sana perlu mengambil tahu perkembangan semasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.