8 maut, 11 cedera nahas di plaza tol

Iklan
Lapan maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan pelbagai kenderaan di Plaza Tol Ciawi di Jawa Barat pada Selasa.

JAKARTA - Sekurang-kurangnya lapan maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan pelbagai kenderaan di Plaza Tol Ciawi di Jawa Barat pada Selasa, menurut polis tempatan.

Kemalangan berlaku sekitar jam 11.30 malam waktu tempatan apabila sebuah lori membawa muatan air mineral merempuh beberapa kenderaan yang sedang beratur untuk membayar tol di laluan menuju Jakarta.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Trafik Kota Bogor, Pesuruhjaya Yudiono berkata, siasatan awal mendapati nahas dipercayai berpunca akibat kegagalan brek.

"Lori itu merempuh enam kenderaan di hadapan yang sedang beratur untuk membayar tol, mengakibatkan tiga daripadanya terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Iklan

Semua mangsa dibawa ke hospital di Ciawi dan siasatan berhubung insiden masih diteruskan. - Bernama

Iklan