Tambang Percuma KTM

Iklan

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam pada 10 dan 11 Februari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata perkhidmatan ini tersedia untuk penumpang KTM Komuter Lembah Klang menggunakan mekanisme imbasan keluar melalui pintu kawalan automatik (ACG).

Iklan
Iklan

Selain itu, perkhidmatan tren tambahan akan beroperasi 24 jam selama empat hari tiga malam, bermula 9 hingga 12 Februari, bagi memenuhi keperluan penumpang, khususnya penganut agama Hindu, pelancong dan orang awam yang ingin menyaksikan sambutan Thaipusam di Batu Caves.

KTMB menjangkakan hampir 500,000 penumpang akan memanfaatkan perkhidmatan ini, dengan puncak perjalanan dijangka pada 11 Februari. Foto Bernama

Iklan
Iklan