KAMPALA (Uganda) - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pada Isnin pelancaran ujian vaksin pertama di Uganda bagi Ebola daripada spesies Sudan, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, vaksin calon serta rawatan calon disediakan menerusi protokol ujian klinikal bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya.