'Saya cadangkan kepada PMX laksana semula GST' - Dr Akmal

Iklan
Dr Akmal

SHAH ALAM - Kerajaan dicadangkan untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk menambah pendapatan negara yang ternyata lebih adil dan terbukti berkesan di seluruh dunia.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, walaupun kenaikan tarif elektrik diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Isnin, hanya akan dikenakan kepada komuniti bisnes tetapi dominonya tetap akan dirasai rakyat.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau bertanyakan jaminan kerajaan sama ada langkah itu tidak akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang dikeluarkan kilang.

"Mungkin PMX (Anwar) lebih arif mengenai kesan domino apabila satu kenaikan tarif dikenakan ke atas kilang, yang mana kebiasaannya rakyat sebagai pengguna akan menanggung kesannya dengan kenaikan harga barang.

Iklan

"Saya cadangkan kepada PMX untuk melaksanakan semula GST yang ternyata lebih berkesan. Jika alergi dengan nama GST, kita bagi nama lain pun boleh. Janji ia dapat membantu menambahkan pendapatan negara dan membantu rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, Anwar memberi jaminan kepada pemain industri bahawa sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua tahun ini tidak akan membebankan atau merugikan komuniti perniagaan.

Iklan

Berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Kuala Lumpur pada Isnin, beliau turut menegaskan isi rumah berpendapatan rendah akan terus tidak terjejas oleh semakan tarif dijadualkan nanti.

Pada masa ini, kerajaan memberikan subsidi elektrik kepada lebih 85 peratus isi rumah.