KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan terus mara sebagai gabungan yang kukuh, relevan dan sentiasa mendahulukan rakyat serta negara.
Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Pengerusi BN itu berkata, beliau percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.