Reformasi khutbah Jumaat
Iklan
Khutbah Jumaat secara umumnya adalah untuk merungkaikan persoalan yang berbangkit dalam masyarakat kita. Gambar hiasan
SEMINGGU dua ini tiba-tiba muncul isu khutbah Jumaat di sebuah negeri. Isu pertamanya, ada satu parti politik mendakwa khutbah itu telah ditulis untuk menyerang mereka. Benar atau tidak, atau secara kebetulan, ia persepsi masing-masing.
Kedua, muncul pula laporan polis, ada khatib tidak membaca teks ditulis oleh jabatan agama negeri tersebut tetapi membaca teks yang ditulis di negeri lain. Kita tinggalkan cerita khutbah itu. Biarlah ia tamat di situ.