Krisis iklim kepada 'alam bina'
Iklan
Suhu purata global pada 2023 mencecah rekod tertinggi sejak 174 tahun lalu sekali gus memberi kesan mendalam kepada alam bina-semua jenis infrastruktur, bangunan dan ruang bandar yang didiami. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Ashraf)
KITA berada di era- kesan perubahan iklim tidak boleh dinafikan. Beberapa dekad kebelakangan ini, dunia menyaksikan peningkatan ketara dalam suhu global dan pelbagai bencana alam yang semakin hebat.
Menurut laporan Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), suhu purata global pada 2023 mencecah rekod tertinggi sejak 174 tahun lalu. Perubahan iklim tersebut memberi kesan mendalam kepada alam bina-semua jenis infrastruktur, bangunan dan ruang bandar yang kita diami.