Rumah Ngaji Nurul Iman, rumah ngaji ke-248 ditubuhkan

Iklan
Barisan penggerak Rumah Ngaji Nurul Iman bergambar dengan Adnan yang duduk barisan depan (empat dari kiri).

MACHANG - Perjuangan Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) dalam membina masyarakat yang baca, faham, amal dan sampaikan al-Quran diperkukuhkan lagi melalui penubuhan rumah ngaji ke-248.

Rumah Ngaji Nurul Iman yang terbaharu ditubuhkan itu terletak di Merbau Chondong, Pulai Chondong, Machang diusahakan oleh seorang pesara guru, Azman Mat Saat.

Iklan
Iklan

Azman

Pengerusi PRNNK, Datuk Adnan Hashim, berkata, usaha itu juga ialah respon rentetan saranan Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub yang menyasarkan 500 rumah ngaji di Kelantan menerusi projek mega, #SavingTheUmmah.

Iklan

"Rumah Ngaji Nurul Iman ialah yang pertama ditubuhkan selepas pelancaran #SavingTheUmmah dan menjadi penubuhan rumah ngaji ke 248 di negeri ini.

"Ahli-ahli rumah ngaji bertanggungjawab untuk mengamalkan Surah Al-Saff dalam berdakwah mengajak masyarakat sekitar Pulai Chondong dan Kok Lanas supaya membaca, memahami, mengamalkan serta menyampaikan ilmu al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Adnan sebelum itu turut merasmikan penubuhan Rumah Ngaji Nurul Iman terbabit pada Sabtu lepas.

Tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Rumah Ngaji Nurul Iman di Machang.

Beliau seterusnya merayu supaya semua orang ramai menyambut tawaran ‘berniaga’ dengan ALLAH SWT melalui pembukaan rumah ngaji di kawasan masing-masing.

"Tampillah bersama PRNNK berjuang membawa masyarakat ke arah kehidupan yang bahagia di dunia lagi diberkati di akhirat dengan mencintai al-Quran,” katanya.

Sementara itu, Azman menyatakan syukur dengan sambutan masyarakat setempat yang di luar jangka dalam menyokongnya mengusahakan rumah ngaji berkenaan.

Katanya, dalam masa singkat, beliau dapat mengumpulkan duit seterusnya siap membina bangunan rumah yang indah dengan kos sebanyak RM150,000 dan dijadikan Rumah Ngaji Nurul Iman.

"Rumah ini akan menjadi tempat penduduk berkumpul untuk bersama-sama menelaah al-Quran.

"Saya juga mengalu-alukan sumbangan untuk pengurusan rumah ngaji ini yang boleh dikreditkan ke akaun Madrasah Nurul Iman Bank Islam 03045010056052,” katanya.