JAKARTA - Sebuah bot milik Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) meletup di perairan Gita, Pulau Tidore, Maluku Utara pada Ahad malam, mengorbankan tiga nyawa manakala seorang lagi dilaporkan hilang.
Insiden berlaku sekitar jam 11 malam waktu tempatan ketika bot jenis sea rider itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Ahmad Yani untuk membantu dua nelayan yang mengalami kegagalan enjin.