MOTAC batal lesen syarikat Al Quds Umrah & Tours

Iklan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat Al Quds Umrah & Tours (M) Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lepas.

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat Al Quds Umrah & Tours (M) Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lepas.

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata tindakan tersebut selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Iklan
Iklan

"Kementerian ini memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, MOTAC menggantung lesen syarikat berkenaan bermula 9 Julai 2024 hingga 19 Jan 2025.

Iklan

Dilaporkan syarikat terbabit terpalit dengan kes penipuan umrah dan setakat ini, kebanyakan mangsa masih menunggu untuk mendapatkan pampasan mereka. - Bernama

Iklan